KEJAYAAN Kedah mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut sejak 2014 bukan kerana nasib, namun disebabkan oleh semangat berpasukan tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemainnya.

Ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, ada segelintir pihak mendakwa Hijau Kuning bernasib baik sebelum ini, namun kejayaan menewaskan Selangor di suku akhir dengan agregat 4-2 membuktikan sebaliknya.

Menurutnya, beberapa pemain utama seperti Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon dan Rizal Ghazali juga masih mahu diturunkan walaupun cedera  mampu beraksi baik sewaktu menyerang dan bertahan.

“Mampu menjaringkan tiga gol di Selayang sebelum ini dan di Darul Aman pula Kedah memastikan gawang tidak bolos membuktikan pasukan ini layak mara separuh akhir,” katanya.

Katanya, beliau memuji pemainnya kerana berjaya mengekang asakan jentera Selangor kelmarin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYANDANG juara Kedah menjanjikan kesebelasan terkuatnya bagi menyaingi jentera Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 4 November depan, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.
  • PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) berpuas hati dengan prestasi ditampilkan pemain Perak walaupun tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
  • JUARA Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) meranapkan impian Perak untuk beraksi di final TM Piala Malaysia selepas membelasah pasukan itu 3-0 dalam separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
  • PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kedah hampir pasti mempertahankan gelaran itu apabila mara ke pentas final Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Felda United 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam ini.
  • PENYERANG import Johor Darul Ta'zim (JDT), Gabriel Guerra berkata, Harimau Selatan perlu mengelak melakukan sebarang kesilapan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Perak di Stadium Larkin, malam ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.