ROKOK, pisau dan mercun serta makanan ringan 9jajan) seperti kuaci dan kekacang dilarang dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), 19 Ogos ini.

Penonton turut diingatkan supaya tidak membawa masuk barang larangan lain seperti bahan bunyi  (air horn), gunting, payung, topi keledar serta tin dan botol minuman, kata Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017  dalam kenyataan hari ini.

“Pihak Perbadanan Stadium Malaysia berhak merampas segala barang larangan yang cuba dibawa masuk ke dalam stadium,” katanya.

MASOC berkata penonton yang membawa barang larangan berkenaan berhak dinafikan kebenaran masuk ke dalam stadium jika perlu.

“Pihak stadium akan mengadakan pemeriksaan keselamatan menyeluruh di pintu masuk stadium ke atas penonton yang hadir untuk menyaksikan upacara pembukaan itu,” menurut kenyataan berkenaan yang meminta orang ramai hadir awal ke stadium untuk mengelak kesesakan.

Penonton turut diingatkan untuk mengekalkan keharmonian dan mengelak melakukan tindakan yang boleh menyebabkan serangan, keganasan atau ancaman kepada pihak lain. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMANAH negara, Khairul Anuar Mohamad berjaya mencipta rekod baharu Sukan SEA dan kebangsaan selepas mencatatkan pungutan mata berjumlah 682 mata pada peringkat kelayakan acara recurve individu lelaki pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini hari ini.
  • TEMASYA Sukan SEA ke-29 kembali semula ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas 16 tahun dalam suasana gilang gemilang dan penuh berwarna -warni tatkala Kuala Lumpur menyambut 4,900 atlet terbaik dalam pelbagai acara sukan terbesar di Asia Tenggara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.