KETUA Jurulatih Skuad  Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan senarai 26 pemain untuk ke kem latihan pusat kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula dari 18 hingga 28 Mac ini.

Kem latihan pusat itu akan dikendalikan penolong jurulatih, Khan Hung Meng dan jurulatih penjaga gol, Yong Wai Hwang sementara menunggu Kim Swee dan penolong jurulatih, Brad Maloney pulang daripada program kejurulatihan selama sebulan di Madrid, Sepanyol.

“Satu perlawanan persahabatan telah diatur bagi kem latihan pusat kali ini iaitu bertemu pasukan Piala FAM, PJ Rangers di Padang Wisma FAM pada 27 Mac ini sebelum semua pemain dilepaskan pulang ke pasukan masing-masing keesokan harinya,” kata kenyataan daripada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Senarai 26 pemain:

- Bernama