KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) masih menunggu maklum balas daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), mengenai tarikh perbicaraan kes doping penjaga gol negara, S. Kumar.

Timbalan Presiden KHM, Prof Dr S. Shamala berkata, semua dokumen berkaitan telah dihantar oleh pihak KHM kepada FIH pada bulan lalu, namun masih belum mendapat maklum balas daripada badan induk hoki dunia itu.

“Kami masih menunggu jawapan daripada FIH. Tiada perkembangan baharu sehingga mendapat maklum balas daripada FIH...Kita harap akan mendapat jawapan dari mereka dalam masa terdekat untuk elak kelewatan dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ditanya mengenai prosedur sesi pendengaran tersebut, pengarah Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, ia hanya akan diketahui selepas mendapat perincian daripada FIH.

Kumar diapati positif menggunakan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing yang dilakukan Agensi Antidoping Dunia (Wada), pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2017 ketika bertemu Oman pada 16 Oktober lepas.

Berikutan itu, penjaga gol utama skuad negara berusia 38 tahun itu, digantung sementara daripada terbabit dalam sebarang aktiviti hoki selama dua tahun, dengan sesi pendengaran dijangka diadakan bulan ini untuk menentukan nasibnya.

Kumar, yang telah melakukan sebanyak 295 penampilan buat skuad negara, sebelum ini telah menolak ujian sampel B untuk mempercepatkan proses perbicaraan, dengan harapan untuk menyarung jersi kebangsaan secepat mungkin.

Skuad hoki lelaki masih menagih kudrat Kumar, untuk mengharungi tahun yang cukup mencabar apabila bakal beraksi dalam di Ipoh bermula 3-11 Mac, diikuti Sukan Komanwel Gold Coast, Australia 4-15 April, Sukan Asia  di Indonesia bermula 18 Ogos hingga 2 September dan Piala Dunia di India pada 28 November hingga 16 Disember.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS kapten skuad hoki kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi berkata tidak timbul isu ganjaran selepas Malaysian Tigers mencipta sejarah muncul naib juara Piala Asia buat kali pertama di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini.
  • KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) meminta agar Kementerian Belia dan Sukan dapat mempertimbangkan cadangan badan induk itu supaya skuad hoki lelaki negara diserapkan dalam Program Podium.
  • KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) yakin kemampuan skuad negara menghadapi Kejohanan Piala Sultan Johor (SOJC) 2017 yang akan berlangsung dari 22 hingga 29 Oktober di Stadium Hoki Taman Daya, Johor.
  • KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) berdepan saingan getir tahun ini dengan harapan tinggi diletakkan pada Sukan Sea Kuala Lumpur serta saingan Liga Hoki Dunia bagi mencari tiket ke Piala Dunia 2018.