RAJA pecut, Khairul Hafiz Jantan gagal dalam misinya untuk memenangi gelaran treble di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila hanya berada di kedudukan keempat acara 200 meter, sebentar tadi.

Khairul menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21.28 saat.

Emas menjadi milik pelari Filipina, T Anthony Beram dengan 20.84 saat manakala Jirapong Meenpra meraih Perak selepas menamatkan perlumbaan dengan 21.22 saat.

Bagaimanapun Malaysia memastikan nama atletnya menaiki podium selepas Thevarr Gunasegaran meraih gangsa dengan catatan masa 21.26 saat.

Semalam, Khairul yang dikenali Speedy Jantan memenangi pingat emas acara 100 meter dengan mengenepikan juara edisi lalu, Eric Cray dari Filipina

Kejayaan itu menamatkan kemarau 14 tahun negara selepas kali terakhir acara riben biru dimenangi Nazmizan Muhammad di Sukan SEA Vietnam 2003.

Sementara itu, pelari wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli hanya berpuas hati pingat Perak apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan 23.64 saat di belakang Le Tu Chinh dari Vietnam yang memenangi emas selepas ungguli catatan masa 23.32 saat.

Gangsa dimenangi pelari Singapura, P Veronica Shahti dengan catatan masa 23.68 saat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.