RAJA Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini  memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas meraih emas pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan lepas.

Atlet berusia 19 tahun dari Melaka itu berkata fokus beliau buat masa ini adalah untuk pulih sepenuhnya agar segera dibenarkan  menjalani semula latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.

"Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih dan berkemungkinan dua minggu lagi boleh kembali memulakan latihan," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Penyiaran Melaka yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Pada majlis sama, Idris menyampaikan insentif kepada 30 atlet dari negeri ini yang memproleh pingat pada KL2017 bulan lepas melibatkan peruntukan berjumlah RM269,000.

'The Speedy Jantan' menerima RM8,000 apabila atlet olahraga itu berjaya merangkul pingat emas bagi acara 100m, memecah rekod kebangsaan bagi acara 200m pada Kejohanan Olahraya Terbuka Malaysia (RM5,000) dan RM2,500 bagi acara 4 x 100m pada kejohanan sama. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RAJA pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan akan berehat selama sebulan dalam proses pemulihan kecederaan otot pahanya (hamstring).
  • KAGUM dengan pemecahan rekod dan kutipan emas yang dilakukan atlet negara di Sukan Sea, Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) mahu menamakan lima daripada atletnya ke dalam Program Podium.
  • KEJAYAAN Khairul Hafiz Jantan mencatat nama sebagai raja pecut Asia Tenggara yang baharu semalam sememangnya menjadi tumpuan, namun aksi jurufoto dan jurukamera yang ditugas merakam detik bersejarah itu turut mencuri hati penonton.
  • LELAKI paling pantas di Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berharap rakyat Malaysia akan terus menyokongnya untuk meraih hatrik pingat emas temasya Sukan SEA 2017 selepas meraih emas acara 100m malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.