KEJOHANAN Hoki Bawah 16 Tahun Kebangsaan (Lelaki dan Perempuan) 1MAS-MSN-KPM-MILO 2017  diwujudkan bagi  memastikan skuad negara tidak ketandusan pelapis pada masa hadapan.

Kejohanan bermula 18 hingga 26 Mac itu menghimpunkan pasukan terbaik seluruh negara dengan pertandingan diadakan di Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Padang Kementerian Pendidikan.

Semua perlawanan turut membabitkan pasukan wanita dengan 14 negeri bertanding  pada kejohanan sembilan hari itu.

Terengganu selaku penyandang juara diundi dalam Kumpulan A dengan Pulau Pinang, Johor dan Kedah manakala Kumpulan B terdiri daripada Selangor, Melaka, Perlis, Perak dan Sarawak.

Dalam Kumpulan C pula, Kuala Lumpur, Pahang Sabah dan Kelantan bakal berentap sesama sendiri.

Dalam saingan kategori wanita, juara bertahan, Selangor berada dalam Kumpulan A bersama Kedah, Sabah, Kelantan dan Sarawak.

Kumpulan B pula terdiri daripada Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang manakala Perak, Melaka ,  Kuala Lumpur dan Johor dalam Kumpulan C.

Johor cipta kejutan perlawanan kedua

Johor mencipta kejutan pada perlawanan kedua bagi kategori  lelaki dengan menumpaskan Terengganu 2-0.

Muhammad Aidil Mohd Jaafar dan Muhammad Izzuddin Eddie Hamzah mencipta nama dengan jaringan padang pada minit ke 18 dan 37 sekali gus kemenangan pertama dalam kejohanan itu selepas tumpas kepada Pulau Pinang  0-3 ada perlawanan pertama.

Pulau Pinang mengungguli Kumpulan A dengan enam mata selepas cemerlang membenam Kedah 2-0.

Dalam Kumpulan C, Sabah membuka kembali peluang untuk layak ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan Pahang 2-1.

Pemain Sabah, Mohd Hasdar Harun menjadi wira pasukannya dengan dua gol.

Pengendali Sabah, Hasrul Jideh menyifatkan menentang Pahang sebagai perlawanan sukar dan menegaskan perlu mencari kemenangan dalam perlawanan seterusya bagi mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Dua pasukan yang berada di tempat teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (LTHT) berjaya merampas takhta liga dengan mengutip tujuh mata setelah meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas kem Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah dalam aksi ketiga saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) -Wanita di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, kelmarin.
  • HASRAT pasukan MSNT-THT untuk bangkit melakarkan kemenangan pertama tidak kesampaian apabila gagal menyaingi kemaraan kem SSTMI dengan kekalahan 0-1 dalam aksi kedua saingan Division I, Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), petang tadi.
  • PASUKAN Hoki Terengganu (THT) menuntut pemainnya lebih berwaspada agar tidak keciciran mata ketika turun bertemu Maybank dalam aksi ketiga Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018 di Stadium Hoki Nasional, malam nanti.
  • PASUKAN hoki MSNT THT gagal memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 1-6 ke atas Politeknik KPT dalam perlawanan pembukaan Division 1, Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) petang tadi.
  • JUARA Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dikejutkan dengan kekalahan 2-4 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada aksi kedua saingan Divisyen Premier liga itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.