KESEBELASAN Perak diharap dapat memanfaatkan peluang beraksi di peringkat separuh akhir Piala Malaysia berdepan JDT sebaik mungkin demi mencatatkan kejayaan.

Bekas penyerang Perak, V.Saravanan berkata, kesempatan beraksi di peringat separuh akhir sudah agak lama dinantikan oleh semua penyokong Perak dan ia (kesempatan) tidak seharusnya dipersia-siakan oleh kesebelasan skuad The Bos Gaurus itu.

Menurutnya,, kesemua pemain diharap dapat memberikan fokus sepenuhnya selain beraksi bersungguh-sungguh di hadapan ribuan penyokong sendiri, esok.

“Pemain perlu fokus dalam padang dan berikan aksi 100% di dalam padang.  Dari segi pasukan, JDT ada kelebihan iaitu memiliki pemain yang bagus, berkualiti.

“Tetapi pasukan kita ada keistimewaan iaitu setiap pemain akan bermain untuk keluarga, untuk pasukan Perak dan untuk diri sendiri. Itu membuatkan pasukan kita ada keistimewaannya,” katanya.

Savanan mengulas peluang skuad The Bos Gaurus itu pada aksi separuh akhir Piala Malaysia berdepan JDT di Stadium Perak, Ahad ini.

Saravanan adalah pemain pertama yang menjaringkan gol di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia 1998 selain muncul penjaring gol kedua Perak pada aksi final Piala Malaysia 2000 di Stadium Shah Alam.

Final Piala Malaysia 1998 menyaksikan Perak menewaskan Terengganu 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 selepas tamat masa permainan sebenar dan  pada final 2000, Perak menewaskan Negeri Sembilan 2-0.

Saravanan juga adalah pemain yang beraksi cemerlang membantu skuad Kejor Yob Kejor pada dua aksi separuh akhir Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) berbangga dengan semangat juang ditonjolkan pemain importnya, Thiago Junior Aquino yang sanggup mengetepikan kecederaan di bahagian hidung bagi meneruskan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 menentang Johor Darul Ta’azim (JDT) di sini, semalam.
  • "KITA manusia biasa dan buat silap." Itu reaksi ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic bagi mengulas keputusan 1-1 ketika berdepan JDT pada aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak, semalam.
  • JUARA tujuh kali, Perak dan Felda United gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mencatat keputusan seri 1-1 berdepan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.
  • DIANGGARKAN 30,000 penyokong membanjiri Stadium Perak bagi menyaksikan aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 antara Perak dan JDT malam ini.
  • BIARPUN berdepan masalah kecederaan pemain, kesebelasan Perak tetap positif untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) JDT aksi separuh pertama Piala Malaysia di Stadium Perak malam esok.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.