KERJA-kerja penambahbaikan Stadium Perak menjelang Sukma 2018, dilihat tidak akan menjejaskan kelancaran jadual perlawanan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, kerja-kerja penambahaikan berkenaan hanya akan melibatkan di kawaan trek (balapan).

Malah menurutnya, jadual perlawanan di Stadium Perak telah pun disusun agar tidak bertembung dengan tugas-tugas penambaikan.

“Kerja–kerja penambaikan ni hanya libatkan kawasan trek. Kita dah adjust masa. Bagaimanapun, kita ada dua pilihan lain.

“Pertama, sama ada kita akan bermain di Manjung, atau pun minta untuk bermain away dulu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Puhat berkata, pihaknya akan menaik taraf stadium di Manjung kerana mungkin boleh menganjurkan acara final bola sepak Sukma 2018 kelak di Manjung.

Katanya, langkah berkenaan adalah bagi menyediakan dua stadium yang boleh digunakan bagi acara perasmian/penutup selain untuk acara final bola sepak Sukma 2018 kelak.

“Kita  akan naik taraf stadium di Manjung, sebab kita boleh buat final (bola sepak), di sini. Di Sarawak ada dua stadium, satu untuk acara perasmian, penutup, olahraga dan lain-lain, manakala satu lagi stadium untuk perlawanan akhir bola sepak.

“Apa pun, segala keputusan adalah bergantung kepada keputusan jawatankuasa induk nanti,” katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • STADIUM KLFA Cheras terus menjadi lubuk kemenangan buat Selangor apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut di stadium yang diumumkan sebagai gelanggang rasmi mereka musim ini.
  • PENYOKONG Hijau Kuning dinasihatkan usah terlalu emosi apabila kerajaan negeri berhasrat membina sebuah stadium bola sepak baharu berkapasiti 60,000 penonton, demi untuk keselesaan semua pihak.
  • KERJA pembaikan lampu limpah Stadium Tuanku Syed Putra di sini akan dilakukan Januari depan, bagi membolehkan perlawanan bola sepak musim akan datang diadakan pada sebelah malam.
  • SEBANYAK 242 kilogram (kg) berjaya dikutip oleh kelab penyokong di Stadium Darul Aman sempena Program Kebersihan dan Kesedaran 3R (Jangan Buang Sampah), semalam.
  • PENYOKONG mahu Stadium Darul Aman terus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang kerana sarat dengan sejarah tersendiri termasuk menjadi mercu di Bandaraya Alor Setar.