PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) disifatkan tidak menghormati Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas membuat keputusan mengejut menolak tawaran beraksi dalam saingan Piala AFC 2018.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  Peter De Roo berkata keputusan dibuat PBNP itu akan memberi kesan negatif terhadap FAM dalam usaha badan induk berkenaan untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

“Kita mahu bola sepak berkembang di arena antarabangsa kerana ia membolehkan kita meraih pendedahan maksimum di peringkat tertinggi. Namun, ia menjadi tugas yang sukar untuk melangkah lebih jauh jika sesebuah pasukan itu  tidak mengambil serius kejohanan antarabangsa.

“Tindakan Pahang menarik diri daripada kejohanan AFC jelas menunjukkan pasukan itu tidak menghormati AFC. Tindakan seumpama itu boleh menjejaskan ranking Malaysia serta menjejaskan hubungan baik FAM dengan AFC,” kata Peter seperti dipetik dalam entri terkini di laman Facebook rasmi FAM, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PBNP Norlia Abdul Manaf berkata persatuan itu menolak tawaran pasukan Pahang beraksi dalam saingan Piala AFC 2018 untuk memberi sepenuh perhatian kepada Liga Malaysia musim 2018.  – Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan lapan pemain musim ini digugurkan sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah optimis pemain Pahang akan turun menentang Kedah pada aksi final Piala FA 2017 dengan mempamerkan aksi menarik dan bertenaga bagi merangkul kejuaraan itu musim ini.
  • PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah memohon maaf kepada semua penyokong Pahang berikutan prestasi tidak memuaskan Skuad Tok Gajah pada musim lalu yang disebabkan pemain-pemain Pahang disambar pasukan lain sebelum itu.
  • TENGKU Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung ke-60 persatuan itu di Hotel Shahzan Inn, kelmarin, lapor ROSILAWATI ROSEDI.