KEPUTUSAN Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali untuk aksi menentang Malaysia sebagai lokasi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 adalah tepat dan adil.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia juga akan bermain di gelanggang berkecuali untuk perlawanan timbal balik nanti.

"Itu memang keputusan tepat dan adil. Apa yang diharap keputusan yang dibuat AFC tidak akan mengganggu tarikh perlawanan lain," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani penajaan antara Westports Malaysia Sdn Bhd dan PRG Holdings Berhad dengan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) hari ini.

Semalam, AFC mengumumkan tarikh baharu perlawanan pembukaan Kumpulan B itu akan dilangsungkan pada 8 Jun berbanding jadual asal pada 28 Mac ini.

AFC juga meminta Korea Utara menyediakan gelanggang berkecuali pilihan mereka dalam tempoh sebulan sehingga 14 April ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memohon kepada AFC untuk menukar gelanggang perlawanan di Korea Utara pada 28 Mac ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara Pyongyang dan Kuala Lumpur sebelum AFC bertindak menunda tarikh pertemuan itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SKUAD Bawah-19 (B-19) negara mencerahkan peluang layak ke Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, selepas membenam Indonesia 4-1 pada aksi kelayakan hari ini.
  • "SAYA harap penyokong lebih berdisiplin, tidak emosi dan jadikan semua itu (denda AFC) sebagai pengajaran."
  • PENGENDALI Harimau Malaya, Nelo Vingada didenda AS$5,000 (RM21,152) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan tindakannya mengkritik dan mempersoal keputusan pengadil.
  • KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak AS$42,500 (RM179,784) berikutan kesalahan penyokong semasa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas.
  • AKSI Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang ditangguhkan selepas Kementerian Luar melarang rakyat Malaysia ke Korea Utara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.