RUSIA memulakan kempen Piala Konfederasi di laman sendiri dengan langkah kanan apabila menewaskan New Zealand 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A, di Saint Petersburg pada Sabtu.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan Denis Glushakov pada minit ke-31 dan Fyodor Smolov m-69.

Bagaimanapun, kemenangan diraih anak buah Salamovich Cherchesov gagal meyakinkan penyokong Rusia yang dilihat masih kecewa dengan aksi buruk sepanjang kempen Euro 2016.

Difahamkan, hanya 5,0251 penyokong hadir menyaksikan acara pembukaan di Stadium Krestovsky yang boleh memuatkan 68,134 penonton pada satu-satu masa.

"Selepas kempen Euro 2016 berakhir, kami dibenci, diherdik dan dihina. Penyokong tidak dapat menerima kenyataan bahawa kami telah gagal dalam kejohanan tersebut.

"Apa pun, saya harap kemenangan ke atas New Zealand mampu merubah persepsi penyokong terhadap skuad Rusia," kata Smolov.

Rusia bakal bertemu Portugal pada Rabu dan Mexico pada Sabtu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Rusia, Leonid Slutsky mengakui pasukannya beruntung kerana berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan pertama menentang England, awal pagi semalam.
  • BINTANG Rusia, Pavel Brutt yang menjuarai peringkat ke sembilan kayuhan dari Putrajaya ke Seremban pada 2007 kembali menghangatkan kejohanan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2015 (LTdL) edisi ke-20 yang akan bermula 8 Mac hingga 15 Mac depan.
  • MENENTANG pemain lebih muda dengan corak permainan pantas, beregu negara Mohd Zakry Abd Latiff akui latihan lebih banyak bertumpu pada ketahanan fizikal.