KELANTAN perlu menang ketika menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam esok jika ingin melangkah ke peringkat suku akhir.

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, ia berikutan Kelantan kini berada di tempat ketiga Kumpulan C dan berkongsi tiga mata dengan Melaka United.

“Kami akui sukar untuk mendapatkan tiga mata kerana prestasi Kedah kini berada di tahap terbaik manakala pemain Kelantan pula ramai yang cedera.

“Bagaimanapun saya berharap agar pemain Kelantan dapat menyumbang sekurang-kurangnya satu mata untuk terus kekal dalam saingan Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau bagaimanapun positif Kelantan mampu mencatat keputusan yang baik di sebalik kesukaran menggantikan pemain yang cedera dan berdepan jadual padat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAPTEN Kedah, Khairul Helmi Johari menegaskan aksi suku akhir Piala Malaysia membabitkan pertembungan dengan Selangor masih lagi terbuka walaupun Lang Merah menang 3-2 pada aksi pertama di Selayang, Jumaat lalu.
  • KESEBELASAN skuad PKNP FC diingatkan untuk memberikan aksi maksimum pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, malam esok.
  • STADIUM Shah Alam dipilih venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada 4 November depan.
  • PENYANDANG juara, Kedah meranapkan harapan Kelantan untuk mencipta kejutan pada saingan akhir peringkat Kumpulan C Piala Malaysia 2017 apabila tewas 2-0 di Stadium Darul Aman semalam.
  • KOTA BHARU - Pengendali Melaka United, Eduardo Almeida gembira apabila pasukannya mencatatkan kemenangan berharga 3-2 ke atas Kelantan pada saingan Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Kota Bharu, malam kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.