SKUAD bolasepak Kelab Warga Jerantut Lembah Klang (JKV) giat membuat persiapan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bolasepak Anak-Anak Pahang di Lembah Klang tahun depan.

Sebagai permulaan, kelmarin JKV menganjurkan Kejohanan Bolasepak 8 Sebelah Tertutup di Padang Sintetik Presint 8 di Putrajaya yang berjaya menghimpunkan hampir 100 pemain.

Presiden JKV, Datuk Rozilan Salleh dan Setiausaha kelab, Ahmad Murad Idris turut menyertai kejohanan itu yang juga bertujuan merapatkan silaturrahim sesama ahli.

Pasukan Mat Kilau Fighter muncul johan manakala Berau Hawk kedua dan Mat Daling Panther ketiga.

Lima lagi pasukan yang turut mengambil bahagian ialah Kampung Pisang Zombie, Pawang Nong Legen, Perias Warrior, Sepian Hunter dan Gelanggi Caver.

Semua nama pasukan diambil sempena nama tokoh dan kawasan di daerah yang terkenal dengan destinasi pelancongan alam semula jadi itu.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.