KETUA jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berang dengan aksi ditampilkan anak buahnya apabila dimalukan UiTM FC 0-4 di Stadium UiTM Shah Alam, kelmarin.

Beliau menyifatkan kekalahan tersebut sebagai paling memalukan dalam kariernya sebagai jurulatih.

“Bukan salah padang, bukan salah hujan tetapi sebab semua pemain bermain dengan sangat buruk.

“Atas permainan buruk ini, pada akhirnya nanti saya yang akan dipersalahkan.

“Kekalahan ini begitu mengecewakan dan sungguh memalukan sepanjang karier saya,” katanya.

Justeru, beliau tanpa berselindung mengesahkan akan membuat rombakan besar-besaran terutamanya membabitkan import skuad Penyu.

Katanya, beliau akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menguji seorang pemain import bagi menguatkan lagi pasukannya menjelang jendela perpindahan Mei nanti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.