TEWAS 0-5 kepada Manchester City merupakan keputusan buruk Jurgen Klopp sejak membimbing Liverpool.

Ia diakui sendiri Klopp, namun menerima hakikat tersebut selain percaya pemainnya mampu bangkit selepas ini.

Kekalahan paling teruk pernah direkodkan Klopp adalah ketika membimbing Mainz yang ketika itu ditumpaskan Werder Bremen 6-1.

“Saya mengalami beberapa kekalahan 0-5 dalam hidup tetapi ia tidaklah diingati. Tetapi untuk perlawanan ini, sudah pasti disebut-sebut untuk tempoh yang lama,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Etihad itu, dua gol Gabriel Jesus, Leroy Sane dan satu gol dari Sergio Aguero memastikan kenduri besar The Citizens ke atas The Reds.

Kekalahan ini juga menjadi hasil negatif pertama yang dicatatkan Klopp ketika menghadapi pasukan gergasi EPL sejak musim lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENAJA utama pasukan Kedah, ECK Sdn Bhd menganjurkan pertandingan mereka kemeja T yang akan dipakai oleh penyokong Hijau Kuning bagi musim 2018.
  • TONGGAK Selangor, Adam Nor Azlin mengesahkan sedang dalam proses perbincangan dengan pasukan yang akan menjadi destinasi terbarunya musim depan.
  • PENGENDALI UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui, pasukannya kini berdepan tugas sukar selepas kehilangan khidmat dua tonggak importnya, Akanni Sunday dan Do Dong-hyun yang sudah disambar pasukan lain.
  • KELANTAN bakal menjadi pasukan kedua wajibkan semua pemain menutup aurat apabila beraksi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.