ANTONIO Conte menegaskan dia bertanggungjawab di atas kekalahan pasukannya Chelsea di tangan Manchester United.

Perlawanan minggu ke-33 Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang berkunjung ke Old Trafford, terpaksa menerima kekalahan 2-0 itu selepas pasukan bimbingan Jose Mourinho berjaya mencetak gol melalui Marcus Rashford ('7) dan Ander Herrera ('49).

“Mereka (MU) layak menang dalam perlawanan terbabit kerana mereka sangat ghairah dan bermotivasi.

“Dalam hal ini, saya akui kekalahan ini terletak pada saya kerana saya tidak dapat memberi pemain motivasi yang tepat untuk perlawanan seperti ini,” kata Conte.

Pengurus berasal dari Itali itu berkata, dalam perlawanan besar seperti ini, pihaknya harus lebih bermotivasi dalam mencapai sasaran yang diperlukan.

Dalam perlawanan itu, Chelsea tampil dengan aksi buruk meskipun menguasai permainan 54 peratus.  

Berbeza dengan MU, sembilan percubaan yang dibuat, tiga daripada tepat ke sasaran dan dua gol terhasil daripada percubaan itu.

Kekalahan itu membuat kedudukan Chelsea di persada liga terjejas dengan 75 mata daripada 33 perlawanan, beza empat mata dengan Tottenham Hotspur di tangga kedua.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :