PETALING JAYA - Kejohanan Futsal Terbuka Petaling Jaya bagi merebut Piala Datuk Bandar 2017  kembali lagi dalam edisi keenam yang menawarkan wang tunai sebanyak RM6,500 di Samba De Futsal, bermula esok.

Setiausaha kejohanan, Zey Iskandar Mohd Jalil berkata, sebanyak 24 pasukan bakal bersaing untuk kategori terbuka lelaki dan 24 pasukan bagi kategori bawah 17 tahun.

Menurutnya, juara akan membawa pulang RM4,000, naib johan RM2,000 manakala ketiga dan keempat RM600.

"Saya jangka satu permainan mantap akan disajikan setiap pasukan bertanding yang mana wang kemenangan menjadi rebutan.

"Kita menerima penyertaan daripada banyak pasukan dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Saya harap ada persaingan yang sihat dipamerkan pada hari perlawanan nanti," katanya pada majlis undian pasukan di pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Menurut Zey Iskandar, kejohanan ini mendapat tajaan daripada barangan sukan berjenama PAN bernilai RM3,500.

Katanya lagi, pihak penganjur mewujudkan tiga anugerah terbaik seperti, penjaring terbanyak, pemain terbaik dan penjaga gol terbaik.

Dalam pada itu, Sinar Harian tampil sebagai akhbar rasmi sepanjang kejohanan  berlangsung.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.