KEJAYAAN mara ke saingan Piala Malaysia musim ini nyata satu pengalaman paling berharga buat pasukan berstatus kelab, PKNP FC.

Ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim berkata, kejayaan berkenaan adalah hasil kerja keras daripada kesebelasan pemain termasuk pihak pengurusan pasukan sejak bermulanya saingan Liga Malaysia (Liga-M) Januari lalu.

Bagaimanapun menurutnya, semua pemain diharap tidak terlalu dibuai kejayan berkenaan kerana masih banyak rintangan yang perlu diharungi pada saingan Piala Malaysia kelak.

“Pertamanya, saya rasa pemain telah berikan segalanya dan paling berhaga PKNP FC menjadi kelab pertama dari Perak yang merasai aksi dalam saingan Piala Malaysia.

“Namun yang penting, semua pemain telah merasai pengalaman, semangat berpasukan dan pusingan pertama liga lebih untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada mereka (pemain). 

“Ingat, aksi pusingan kedua liga serta saingan Piala Malaysia kelak adalah satu saingan yang berbeza,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan kelmarin yang menyaksikan PKNP FC menewaskan PDRM, 2-1 pada aksi 100 Liga Premier di Stadium Perak, malam tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GANDINGAN pemain lama dan baharu diharap membawa tuah buat PKNP FC pada aksi sulung Piala Presiden 2018 berdepan Negeri Sembilan Stadium Mini Usim Nilai, petang esok.
  • KEHADIRAN import bagi kuota import Asean Kedah, Andik Vermanshah menambahkan lagi ketajaman Lang Merah bergandingan bersama pemain sayap muda, Akhyar Rashid mengempur kubu lawan.
  • PKNP FC mengalami kekalahan kedua dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 kepada Kedah di Stadium Bandaraya, petang tadi.
  • BIARPUN beraksi di gelanggang sendiri, kesebelasan PKNP FC tetap perlu bersedia berdepan ‘kebangkitan’ Kedah pada aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan, hari ini.
  • PKNP FC pamer aksi cemerlang ketika membuka saingan Liga Super 2018 apabila menewaskan Negeri Sembilan 1-0, di Stadium Batu Kawan, petang tadi.