KEDAH menyasar untuk menggondol tiga emas dalam acara perahu layar pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan, Pahang bermula 7 hingga 16 Julai ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Mohd Affendi Abdullah berkata sasaran itu disandarkan kepada empat pelayar iaitu Khairunisa Mohd Affendi, 20, Khairunneeta Mohd Affendi, 17, Ahmad Latif Khan dan Mohd Danial  Fauzi, 17.

Mereka sedang giat menjalani latihan di Kompleks Perahu Layar, Kuah. Kedah memilih 17 pelayar untuk membawa cabaran pada Sukma kali ini.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.