PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kedah hampir pasti mempertahankan gelaran itu apabila mara ke pentas final Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Felda United 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam ini.

Pasukan itu mara dengan agregat 3-1 untuk memastikan langkah Hijau Kuning ke final tiga kali berturut-turut bertemu Juara Liga Super, JDT pada 4 November ini di Stadium Shah Alam.

Pada perlawanan tersebut, separuh masa pertama dilihat seimbang biarpun tuan rumah gagal menurunkan tiga tonggak utama iaitu ketua pasukan, Khairul Helmi Johari serta dua tonggak import, Liridon Krasniqi dan Ken Ilso Larsen akibat pengantungan satu perlawanan dan kecederaan.

Penyerang muda Hijau Kuning, Syafiq Ahmad berjaya mengalas tugas dengan baik membantu barisan jentera serangan malah beliau hampir menjaringkan gol pada hujung perlawanan namun percubaannya lemah apabila sekadar melintasi depan gol The Fighters.

Babak separuh masa kedua bermula, Wan Zack Haikal berpeluang untuk meletakkan The Fighters di hadapan pada minit ke-49 apabila hanya berdepan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang muda itu.

Pada minit ke-61, Thiago Augusto hampir mengecewakan bekas pasukannya namun percubaannya terkena tiang sebelum sekali lagi ditangkap oleh Ifwat Akmal.

Sandro Da Silva akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-70 mengembirakan 25,000 penyokong setia mereka untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan selepas menerima hantaran daripada Syafiq.

Felda United yang terkejut dengan jaringan tersebut mengadankan asakan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi Thiago namun tandukannya sedikit tersasar.

Sandro terus membuktikan kudratnya memang diperlukan oleh Kedah apabila menjaringkan gol kedua sekaligus membawa Kedah ke final Piala Malaysia apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-85 hasil hantaran pemain gantian, Akram Mahinan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELAB Penyokong Bola Sepak Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berterus terang dan mengeluarkan kenyataan sama ada Kedah boleh bermain dalam kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan atau tidak.
  • PENAJA utama pasukan Kedah, ECK akan menghubungi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkenaan bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote yang akan cuba dibawa masuk untuk mengendalikan pasukan itu pada musim hadapan.
  • PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) masih lagi menunggu keputusan rasmi berhubung permohonan lesen dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi melayakkan mereka beraksi di pentas Piala AFC 2018.
  • PENAJA utama pasukan Kedah, ECK bersedia mencadangkan nama bekas penolong pasukan tersebut, Ramon Marcote kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk mengendalikan pasukan itu bagi musim 2018.
  • HANYA siasatan menyeluruh sahaja yang mampu membersihkan semula nama semua pemain Kedah daripada tuduhan songokan kepada tujuh pemain yang didakwa terima rasuah sebelum final Piala Malaysia 2017 pada Sabtu, minggu lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.