PENYOKONG Kedah yang tinggal di sekitar Lembah Klang boleh tersenyum apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menjual 3,000 kuota tiket Final FA 2017 dijual di Quadron C, Stadium Shah Alam bermula jam 4 petang ini.

Setiausaha Kelab Penyokong Hijau Kuning (HKC) Saiful Azrul Che Lah menyambut baik usaha yang dilakukan oleh KFA untuk memberi peluang kepada penyokong Kedah yang berada di perantauan untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan di pentas akhir.

Menurutnya, sebelum ini, isu tersebut hangat berikutan penyokong Kedah dan Pahang di Lembah Klang sukar untuk mendapatkan tiket walaupun tempat perlawanan berhampiran dengan kediaman mereka.

"Walaupun jumlah tidak mencukupi tetapi komitmen dan kesungguhan untuk membantu terserlah.

"Diharapkan KFA ada mekanisme terbaik untuk memastikan pembeli adalah penyokong Kedah kerana perkara ini memang sukar diperkatakan dan terpulang kepada pengurusan untuk menguruskannya," katanya kepada Sinar Harian.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar yang berkata, tiket tersebut hanya dikhaskan untuk penyokong Hijau Kuning.

Menurutnya, pada awalnya ketetapan untuk menjual tiket adalah hanya di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk Kedah dan Stadium Darul Makmur bagi Pahang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Kedah diraikan pada Majlis Santapan Malam meraikan kejayaan muncul Juara Piala FA 2017 pada Sabtu lalu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, malam tadi.
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • PIALA FA sah menjadi milik Kedah setelah menumpaskan Pahang 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • MUHD Nidzam Adzha Yusoff tidak menyangka dapat meraih kejuaraan Piala FA sebagai jurulatih bersama skuad Lang Merah setelah mengecapi kejayaan sama selaku pemain Perak pada 1990 dan Kedah pada 1996.
  • KEDAH muncul juara Piala FA 2017 selepas mengalahkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.