KASMA Daniel Kasmayudin tidak sabar turun beraksi bagi merampas semula kedudukan pendahulu keseluruhan CP150 pada pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang berlangsung, hari ini.

Dua kemenangan berturut-turut pada awal musim meletakkan pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu berada di tangga teratas keseluruhan, namun jatuh ke kedudukan kedua setelah tidak dapat beraksi pada pusingan keempat di Teluk Intan kerana berlangsung serentak dengan saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol.

Ketika ini pemenang perlumbaan di Teluk Intan, Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ) berada di tangga teratas, hanya dengan kelebihan satu mata ke atas Kasma manakala rakan sepasukan Kasma, Ahmad Fazli Sham di tangga ketiga dengan 40 mata.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAGI meningkatkan mutu dan semangat kesukanan dalam kalangan pelumba, promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas memperkenalkan hukuman penalti ke atas pelumba yang melakukan kesalahan ketika di litar bermula saingan musim 2017 ini.
  • PELUMBA muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin menjalani latihan khas bersama Yamaha Japan sebagai persediaan menghadapi perlumbaan Asia Production 250cc Pusingan Ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun bermula esok hingga hingga 5 Jun ini.
  • MD Adib Rosley mahu memadam memori pahit yang dialami pada musim lepas apabila turun memulakan saingan pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim 2016 di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Selangor pada 12 dan 13 Mac ini.
  • PENGURUS Weststar Motorsport, Razali Ahmad akui terkejut dengan prestasi cemerlang Qhuwarismi Mohd Nasir dalam kategori Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim ini dan berharap pelumba itu dapat meneruskan momentum tersebut pada pusingan keempat di Terengganu, minggu ini.