HANOI FC mengesahkan pemainnya yang juga Kapten Pasukan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Quyet memilih Malaysia sebagai destinasi terbarunya.

Sumber Facebook yang berkaitan kelab-kelab di Vietnam melaporkan Exco Hanoi FC, Nguyen Quoc Hoi mendedahkan, kelab tersebut mendapat tawaran dari dua negara iaitu pasukan gergasi Liga Thailand, Muangthong United dan juga gergasi utara Liga Malaysia, Kedah.

Dikatakan pemain berusia 27 tahun itu menolak tawaran Muangthong United dan  dilapor bakal bergabung semula dengan bekas rakan sepasukannya di Hanoi FC, Alvaro Silva yang kini sah diikat selama setahun oleh Kedah.

Muangthong United memutuskan untuk berundur dari perebutan tersebut dan ingin menandatangani pemain Asean lain yang dapat menyesuaikan diri dengan skuadnya.

Khabar angin berkenaan Nguyen yang dikaitkan dengan Juara Piala FA 2017 itu mula bertiup kencang sejak awal Januari lalu, namun sehingga kini Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminudin Omar sebelum ini mengakui Vietnam antara sasaran memburu pemain selain dari Thailand dan Myanmar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :