KANGAR berjaya meloloskan diri mara lapan pasukan terbaik Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017 selepas muncul naib johan Kumpulan A untuk bertemu Juara Kumpulan C, Serian di Mini Stadium Serian, Sarawak petang esok bagi aksi suku akhir pertama.

Pengurusnya, Nor Shahril Bakar berkata, pasukannya sedar rata-rata pasukan dari Borneo yang bersaing dalam saingan LBR mempunyai corak permainan berkualiti dan persediaan rapi telah dilakukan mereka sejak tiga minggu lalu untuk mencuri mata di laman lawan.

Menurutnya, penting buat Kangar mendapatkan jaringan di tempat lawan pada aksi pertama kerana mampu menjadi kelebihan sekiranya keputusan seri di laman sendiri pada perlawanan timbal balik di Stadium Tuanku Syed Putra pada 23 April ini.

"Saingan semakin sengit dan menarik namun perasaan teruja berjaya mara ke peringkat suku akhir perlu diteruskan dengan persiapan rapi kerana lawan yang dihadapi selepas ini semakin berkualiti.

"Pada perlawanan suku akhir pertama Sabtu ini (esok) kami tekadkan untuk memburu bekalan gol ke atas Serian walaupun percaya ia tugas sukar namun kami akan berusaha sehingga wisel penamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebanyak tiga perlawanan persahabatan telah dilalui oleh Kangar dan mereka berjaya memperolehi keputusan positif dengan menewaskan pasukan bawah 19 Tahun Hatyai dari Thailand 2-1, pasukan pilihan Sadao dari Thailand 2-0 dan menang tipis ke atas pasukan UiTM Perlis 1-0.

Nor Shahril berkata, perlawanan tersebut diatur oleh pengurusan bagi memastikan tempo permainan pasukan sentiasa ada sebelum aksi sebenar bersambung.

Jelasnya, pihaknya juga percaya Serian juga berada pada momentum terbaik selepas gah muncul Juara Kumpulan C bagi kawasan Borneo.

"Fokus kami adalah dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan pada waktu yang sama perlu meningkatkan persefahaman serta membaiki kelemahan jika mahu terus memberi saingan kepada lawan.

"Kami kini di landasan besar untuk mencapai cita-cita besar mara ke final seperti yang dilakukan oleh satu lagi pasukan dari Perlis pada tahun lalu iaitu Padang Besar," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • "INI bukan penamat untuk Pulau Pinang".
  • KETUA jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menggesa anak buahnya agar tidak terlalu selesa dengan kedudukan mereka selaku pasukan di kelompok kedua Liga Perdana ketika ini, sebaliknya mahu pemain skuad Penyu itu fokus baki kempen saingan liga.
  • SOALAN yang sering diajukan penyokong bola sepak negara terutamanya melalui media sosial menjelang perlawanan melibatkan pasukan negara Harimau Malaya ialah: “ada live tak ?”.
  • TIADA perkataan yang dapat menggambarkan betapa kecewanya pengendali skuad bola sepak Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee selepas pasukannya gagal memenangi pingat emas kecundang kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
  • PENYOKONG Malaysia dan Thailand mula membanjir Stadium Shah Alam bagi melihat perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.