PEMAIN Paralimpik badminton negara sudah bersedia untuk menggenggam gelaran juara pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Ulsan, Korea Selatan, yang membuka tirai esok hingga 26 November ini.

Bukan sekadar omongan kosong, namun keyakinan itu disuarakan oleh pengurus skuad Badminton Paralimpik Kebangsaan, Dr Naharuddin Hashim berpandukan kepada prestasi pemain yang disifatkan bersemangat tinggi ketika ini.

Menurut Naharuddin ketika ini tidak ada apa yang boleh menghalang pemain negara bagi bergelar juara dunia berdasarkan prestasi semasa dan juga sikap mereka yang dilihat sentiasa dahagakan kemenangan.

“Pemain memang sudah bersedia untuk beraksi pada kejohanan itu nanti.

“Saya percaya, sikap sentiasa dahagakan kemenangan itu bakal membantu pemain untuk melakar kejayaan nanti.

“Kini, apa yang saya harapkan pemain mampu mengekalkan fokus sebelum Kejohanan Para Dunia bermula,” katanya ketika dihubungi sebelum berlepas bersama skuad negara ke Ulsan, semalam.

Dua tahun lepas di London, Malaysia merangkul tiga gelaran dunia menerusi Didin Terasoh dalam acara dalam acara perseorangan lelaki kategori SS6, dan Cheah Lek Hou dalam kategori SU5 yang bergandingan dengan Hairol Fozi Saaba.

Lek Hou antara sandaran negara di Kejohanan Badminton Para Dunia di Ulsan, Korea Selatan.

Jelas Naharuddin, Didin dan Lek Hou kekal menjadi sandaran negara  untuk mempertahankan gelaran dunia dalam kejohanan tersebut kali ini.

Malah katanya, Malaysia turut berpeluang menambah gelaran tersebut andai semangat berkobar-kobar pemain ketika ini kekal sehingga ke hari perlawanan.

“Sandaran utama kita menerusi acara perseorangan lelaki SU5 yang diwakili Lek Hou dan Didin dalam acara perseorangan lelaki SS6. Kedua-duanya adalah juara bertahan dalam acara masing-masing yang menyaksikan mereka turut memenangi emas di London.

Didin menjadi harapan negara untuk membawa pulang Madzlan diyakini mampu lakar kejutan pada kali ini. gelaran dunia.

“Kita juga mengharapkan, gandingan beregu lelaki kita, Lek Hou-Hairul Fozi Saaba dapat beraksi dengan baik sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu.

"Tidak mustahil sekiranya kita memberi tumpuan penuh, saya yakin kita boleh capai lebih daripada dua pingat emas yang disasarkan,” katanya.

Pemain lain yang turut akan membawa cabaran Malaysia di Ulsan ialah Mazlan Saibon dalam acara perseorangan lelaki WH2 dan Bakri Omar SL3.

Madzlan diyakini mampu lakar kejutan pada kali ini.

Pemain tetap waspada

Selain itu, Naharuddin turut mengingatkan walaupun tampil dengan status jaguh dunia, namun beliau tidak berasakan ia jaminan untuk mereka mudah menghadiahkan pingat emas .

Sebaliknya, Naharuddin mahu pemainnya tetap berwaspada ancaman gandingan dari negara lain terutama Indonesia dan Hong Kong yang mempunyai satu wakil mampu memberi cabaran sengit.

“Saya jangkakan persaingan sengit terutama dari Indonesia. Negara itu mempunyai pemain yang mempunyai kekuatan tersendiri.

“Berdasarkan prestasi mereka juga, mereka ancaman utama.

“Apa pun, kami memang buat persiapan terbaik. Tekanan sudah pastinya ada tetapi saya harap pemain boleh atasi demi memastikan emas menjadi milik negara,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LEBIH 100 regu sekitar Lembah Klang menyahut cabaran Kejohanan Badminton FBS Nusantara 2017 di Arena Badminton Court di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini, lapor SYAIRI SHAARI.
  • JAGUH perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkul gelaran juara dunia kategori SU5 (kecatatan anggota bahagian atas) setelah menumpaskan Suryo Nugroho dari Indonesia pada aksi final Kejohanan Dunia BWF-Para di Ulsan Korea Selatan, semalam.
  • JAGUH badminton negara Datuk Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain utama China, Chen Long dalam pelawanan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong, sebentar tadi.
  • PASUKAN badminton negara akan berdepan saingan lebih sukar dari negara di peringkat Asia dan Asia Tenggara pada Kejohanan Berpasukan Asia di Kedah pada 6 hingga 11 Februari tahun depan.