PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane menyifatkan pasukannya boleh menang dengan jaringan lebih besar ke atas Bayern Munich dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Zidane tetap berpuas hati dengan dua gol yang diperoleh sekali gus membenam pendahulu Bundesliga itu 2-1 di Allianz Arena.

Keyakinan Zidane itu ada asasnya apabila Real mencipta 23 percubaan dengan 12 daripadanya tepat ke sasaran.

“Kami tampilkan permainan bagus dan boleh jaringkan dua atau tiga gol  lagi. Tetapi  dua  gol  ini  sudah memadai.

“Penjaga gol mereka, Manuel Neuer juga bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan kami,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Cristiano Ronaldo mencetak dua gol  manakala Arturo Vidal menjaringkan satu gol untuk tuan rumah.

Bayern juga terpaksa bermain dengan 10 pemain  selepas Javi Martinez dilayangkan kad merah pada minit ke-61.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • Cristiano Ronaldo - PEMAIN bola sepak, Cristiano Ronaldo memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid apabila tamat musim, media Sepanyol melaporkan bahawa dia sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Presiden Kelab, Florentino Perez lapor Metro.uk.
  • TOTTENHAM Hotspur merakam kemenangan meyakinkan apabila menjinakkan gergasi Eropah Real Madrid 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
  • BINTANG Real Madrid, Gareth Bale terlepas menyertai saingan Piala Dunia di Rusia selepas Wales tewas 0-1 kepada Ireland awal pagi semalam.
  • "REAL Madrid masih sebuah pasukan gergasi yang akan menjuarai Liga Juara-Juara," kata Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.
  • PEMAIN Real Madrid, Toni Kroos menilai prestasi pasukannya tidak berada pada tahap terbaik walaupun menang 3-0 ke atas Apoel dalam aksi kumpulan H kempen Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.