PERTAHANAN skuad kebangsaan, Shahrom Kalam tetap percaya mereka mampu melakar kemenangan ke atas Hong Kong dalam aksi kelayakan Kumpulan B Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.

Kekalahan dalam perlawanan pertama 1-2 kepada Lubnan dalam saingan Kumpulan B pada Jun lalu, menyempitkan laluan Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) tahun depan.

Pemain negara turut menanggung dua kekalahan pada Ogos lalu, dalam aksi persahabatan menentang Syria dan Myanmar, sekali gus memberi tekanan terhadap anak buah Nelo Vingada menjelang perlawanan kedua menentang Hong Kong nanti.

Menurut Shahrom, mereka sama sekali tidak akan mengibarkan bendera putih lebih awal selagi peluang itu masih ada.

“Tiada apa yang mustahil. Dalam bola sepak, semua boleh berlaku dan saya harap pemain mampu menjelmakan kebangkitan.

"Memang kami tidak mendapat keputusan baik sebelum ini tapi yang lepas biarkan lepas. Sekarang kita perlu yakin berdepan Hong Kong dan manfaat aksi di laman sendiri yang memberi kelebihan kepada kita walaupun lawan adalah pasukan agak kuat dan bukan calang-calang.

"Apa pun, kita mesti bersedia dan lawan dengan semangat yang tinggi kerana tidak kira dalam apa cara sekalipun kita perlu mencipta kemenangan," katanya.

Lubnan kini mendahului Kumpulan B dengan 6 mata maksimum selepas dua perlawanan. Korea Utara dan Hong Kong berkongsi satu mata manakala Malaysia di tangga terbawah tanpa sebarang mata.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMPEN Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan memalukan apabila tumpas menerusi jaringan sama 1-4 kepada ​​​Korea Utara yang beraksi lebih mantap di Stadium i-mobile, di sini malam ini.
  • MALAYSIA akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan bagi Kumpulan B Piala Asia 2019 akan berlangsung di Thailand pada 10 dan 13 November.
  • KONFERDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akhirnya mengubah venue perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di gelanggang berkecuali selepas ia ditunda buat kali ketiga sebelum ini berikutan situasi semasa di Pyongyang yang tidak selamat.
  • SKUAD Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, esok, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.
  • SELEPAS hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dalam Kumpulan B, kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim mengharapkan keputusan positif mampu dijelmakan pada aksi menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, 10 Oktober ini.