BEKAS Ketua Pasukan Kebangsaan, Datuk Namat Abdullah enggan mengulas perkembangan semasa pasukan Harimau Malaya hari ini.

Beliau merupakan tonggak kebangsaan yang membantu pasukan layak ke Olimpik Munich 1972 selain meraih pingat gangsa Sukan Asia Tehran pada 1974.

"Saya tak berani nak komen. Kalau komen depa bantai saya pula. Saya nak nyatakan harapan pun tak berani tentang pasukan bola sepak kebangsaan hari ini.

Kalau main untuk pasukan negeri bermati-matian, untuk negara nampak kurang, kurang sangat depa punya semangat," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan motosikal berkuasa tinggi di kediamannya di Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah.

Namat yang kini mengalami sakit kanser usus berkata, beliau menghargai kunjungan tersebut dan ia merupakan antara perhatian dan sumbangan pertama yang diterima setakat ini.

Program tersebut adalah Program Amal Sinar Kasih Harley Utara anjuran Persatuan Penyiar Muda Malaysia (MyBro), Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Harley Utara Group.

Turut hadir pada program tersebut adalah legenda seangkatan Namat iaitu Datuk Mohamad Bakar dan Datuk Syukor Salleh serta legenda sepaktakraw negara, Adnan Saidin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :