KEM Juventus akui Chelsea sudah membuat tawaran "sangat besar" untuk mendapatkan khidmat Alex Sandro, namun tawaran itu telah ditolak.

Alex Sandro, 26, dikaitkan dengan The Blues sebagai sasaran utama mereka kerana dirasakan sesuai dengan taktikal kelab London itu.

"Chelsea sudah membuat satu tawaran yang sangat besar untuk Alex Sandro.

"Kami sudah mengatakan tidak, tapi zaman ini para pemain adalah tuan dari nasibnya sendiri," kata Pengurus Umum Juventus, Giuseppe Marotta.

Bagaimanapun, Marotta tidak mendedahkan jumlah yang diberikan Chelsea.

Bagaimanapun, media tempatan membuat spekulasi nilai pemain itu tidak kurang daripada 55 juta poundsterling (RM301.3 juta).

Untuk musim ini, Alex Sandro tampil sebanyak 43 kali bersama Juventus selain membantu pasukannya menjuarai Serie A dan Coppa Italia selain final Liga Juara-Juara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMENANGAN besar tujuh gol tanpa balas dalam aksi Liga Juara-juara Eropah bertemu Maribor di Ljudski vrt Stadion awal pagi tadi membuktikan Liverpool masih belum hilang bisa.
  • JOSE Mourinho mengingatkan Romelu Lukaku supaya melupakan sebarang pujian berikutan permulaan cemerlangnya di Manchester United apabila dua gol penyerang Belgium itu membantu kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
  • LIVERPOOL terus optimis mampu melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara walaupun hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan peringkat kumpulan.
  • JORDAN Henderson mahu jentera Liverpool lebih agresif bagi memastikan The Reds melakar kemenangan dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara.
  • PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mahu penyokong Los Blancos menghentikan cemuhan terhadap Gareth Bale selepas pemain itu menjaringkan gol menarik ketika berdepan Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.