GIORGIO Chiellini menganggap pasukannya, Juventus seperti sebuah mesin diesel yang lambat panas.

Pemain pertahanan kental itu juga mengakui pasukannya itu masih belum lengkap.

Bianconeri terdahulu gagal mencatatkan dua kemenangan dalam saingan Serie A apabila seri dengan Atalanta 2-2 sebelum tewas menentang Lazio 2-1 di gelanggang sendiri.

Bagaimanapun, Juventus kembali ke landasan mereka apabila membenam cabaran Sporting Lisbon 2-1 dalam perlawanan Liga Juara-Juara. Juventus tertinggal selepas pemain mereka, Alex Sandro menjaringkan gol sendiri sebelum Miralem Pjanic dan Mario Mandzukic mengesahkan kemenangan pasukan.

Menurut Chiellini, Juventus gagal mendapatkan rentak terbaik mereka sejak awal musim ini.

“Juventus seperti mesin diesel yang perlukan masa untuk ‘panas’ yang mana Massimiliano Allegri (pengurus) sebagai mekaniknya untuk mencipta sesuatu yang terbaik.

"Pada saat ini, mesinnya masih sedikit longgar dan kami harus mencari sesuatu yang terbaik untuk pasukan,” katanya.

Selepas melakar kemenangan ke atas Sporting Lisbon, Juventus kini menduduki tangga kedua Kumpulan D Liga Juara-Juara dengan enam mata

"Ini adalah sebuah perlawanan yang berat dan penting buat kami. Kami akan berusaha memastikan pasukan untuk melepasi 16 pasukan terbaik ,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.