JUARA Liga Super empat musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Kelantan 3-0 dalam aksi perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, JDT yang dibarisi hampir keseluruhan pemain utama acap kali mengatur serangan berbahaya ke atas gawang pasukan lawan.

JDT mempunyai peluang untuk mendahului Kelantan apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.

Bagaimanapun, bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuat penyelamatan sepakan oleh Mohamad Ghaddar pada minit ke-10.

Pasukan tuan rumah kemudiannya dihadiahkan sepakan percuma selepas pemain Kelantan mengasari Gonzalo Cabrera.

JDT berjaya mendahului Kelantan menerusi jaringan cantik S Kunanlan pada minit ke-19 yang menerima hantaran Safiq Rahim dan mudah menewaskan Khairul Fahmi dan seterusnya menerjah gawang lawan.

Gol kedua JDT hadir pada minit ke-36 menerusi Cabrera yang menerima hantaran silang dari Gabriel Guerra.

Pasukan tuan rumah terus menambah derita pasukan bimbingan Zahasmi Ismail apabila Safiq menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55 hasil sepakan percuma.

Tiada sebarang jaringan dilakukan kedua-dua pasukan sehingga tamat 90 minit perlawanan.

Terdahulu, Sebelum memasuki padang, pasukan Kelantan turut memberikan 'champions guard of honor' kepada JDT.

Selain itu, ketika waktu rehat perlawanan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menyampaikan insentif kecemerlangan ke atas atlet Johor mewakili negara dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 daripada Kerajaan Johor.

Penghargaan sama turut diberikan ke atas pasukan ragbi Johor yang menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong 2017 dan pencapaiam cemerlang peninju profesional Johor, Muhammad Farkhan Haron dalam sukan tinju.

Di akhir perlawanan, JDT menjulang trofi Liga Super yang baharu yang disampaikan oleh Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani; Exco Kerajaan Johor, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) yang baharu, Bibi Ramjani Ilias Khan.

Kejayaan berkenaan turut dikongsi dengan seluruh penyokong JDT dengan majlis perarakan trofi Liga Super 2017 sambutan ke atas pemain dan pegawai dari Stadium Larkin ke Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Seberang Perai Selatan (SPS) Chelstar mendapat pendedahan terbaik apabila diberi peluang untuk menguji pendatang baharu Liga Super, PKNP FC di Stadium Bertam petang ini.
  • PERBADANAN Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC menerima tawaran Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) bagi bersaing di dalam Liga Super Malaysia 2018.
  • PASUKAN Terengganu FC I (TFC I) dilihat memiliki barisan terbaik untuk kembali mewarnai kancah Liga Super musim depan selepas melengkapkan kouta pemain import dengan menandatangani kontrak semusim bersama pemain kebangsaan Kemboja, Thierry Chanta Bin dan bekas pemain PKNP, Kim Hyeon Woo (Korea Selatan) hari ini.
  • PKNS FC menyasarkan satu piala dan kedudukan lima teratas saingan Liga Super musim depan.
  • PERKONGSIAN Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa penambahan kuota import untuk pasukan Liga Super musim depan memberi kelebihan kepada pasukan kaya.