DUA pemain badminton negara, Goh Jin Wei dan Leong Jun Hao meneruskan rentak cemerlang apabila mudah melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di  di Yogyakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Kemenangan kedua-dua pemain remaja negara itu menyaksikan mereka semakin hampir dengan misi masing-masing di pentas tersebut.

Jin Wei yang merupakan juara remaja 2015 mudah mengetepikan pemain Thailand, Chananchida Jucharoen dengan keputusan 21-12, 21-5 sekali gus terus berada di landasan terbaik untuk merampas semula gelaran juara kejohanan tersebut selepas tewas di pusingan kelima edisi lepas.

Manakala Jun Hoa yang turun dengan misi untuk merangkul gelaran sulung turut semakin menghampiri matlamat berkenaan selepas menyingkirkan pemain Perancis, Christo Popov,21-14, 21-12 di suku akhir.

Pada aksi separuh akhir esok, Jin Wei akan menentang pilihan kelima dari China, Han Yue manakala Jun Hao akan bertemu Kodai Naraoka dari Jepun.

"Saya gembira kerana berjaya capai sasaran awal iaitu layak ke separuh akhir.

"Kemenangan ini akan menyuntik semangat saya untuk terus melakukan yang lebih baik bagi memburu tiket ke final esok," kata Jun Hao.

Bagaimanapun beregu campuran negara, Ng Eng Cheong-Toh Ee Wei gagal meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Siti Fadia Silva Ramadhanti 18-21, 14-21, 20-22.

Nasib sama turut dialami beregu lelaki, Kwek Yee Jian-Man Wei Chong apabila kalah kepada pilihan keempat dari Jepun, Mahiro Kaneko-Yunosuke Kubota 15-21, 24-26.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • “PERJALANAN masih panjang dan banyak perlu saya lakukan sekiranya mahu capai standard seperti Datuk Lee Chong Wei."
  • PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melakukan kejutan awal apabila menyingkirkan pemain pilihan kelapan yang juga rakan senegara, Zulfadli Zulkifli untuk mara ke pusingan kedua Thailand Masters, hari ini.
  • PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei mahu meraih pengalaman berharga sekaligus menguji kemampuan sebenarnya beraksi bersama pemain terbaik dunia yang bakal menyertai kejohanan badminton Perodua Malaysia Masters 2018.
  • PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berharap rakan sepasukannya dapat memberikan persembahan terbaik dalam tiga kejohanan awal bulan ini bagi memperbaiki ranking keseluruhan skuad wanita bagi melayakkan diri ke Piala Uber.
  • PEMAIN perseorangan lelaki kebangsaan, Leong Jun Hao menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu terhadap skuad badminton negara menjelang aksi Kelayakan Piala Thomas pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Kedah, Februari depan.