JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berazam meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu Boeung Ket Angkor dalam aksi Kumpulan F Piala AFC di Phnom Penh, malam ini.

Pengendalinya, Benjamin Mora bagaimanapun mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dan tidak memandang rendah cabaran daripada wakil Kemboja itu.

Skuad Harimau Selatan hanya memerlukan satu mata untuk mara ke kelompok 16 pasukan terbaik.

“Kami hanya perlukan satu mata untuk layak, tapi kami mahu tiga mata penuh dan jika semua berjalan lancar, kami ke pusingan seterusnya.

"Apa pun, kami perlu lebih berhati-hati kerana biasanya prestasi satu-satu pasukan boleh berubah secara drastik kerana faktor padang dan penyokong," katanya yang bakal melakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utama JDT dalam pertemuan itu nanti. 

Dalam pada itu, Mora enggan mengambil pusing keputusan yang bakal diraih pendahulu kumpulan, Global FC yang bertandang ke Myanmar untuk bertemu Magwe FC.

"Setiap jalan cerita akan berubah. Jika saya risau tentang Kedah atau Pahang, sudah tentu banyak persoalan bermain dalam minda saya.

“Cukup dengan pasukan saya. Ramai tanya adakah saya tertekan? Tidak, saya tidak tertekan. Saya mahu bekerja keras. Maka saya tidak risau mengenai Global FC, saya hanya bimbang mengenai kami,” katanya.

Mengulas lanjut jadual perlawanan padat JDT membabitkan aksi domestik dan antarabangsa musim ini, Mora akui situasi itu sedikit mengganggu momentum pasukan.  

“Ia sukar.. kami perlu ‘terbang’, kami perlu rehat, kami perlu pulih. Apa pun, saya akan merehatkan beberapa pemain untuk pertemuan dengan Pahang Ahad nanti (aksi Piala FA).

“Saya perlu bijak mengatur strategi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENCAPAIAN cemerlang serta konsisten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya membuahkan hasil apabila menjadi pasukan bola sepak tempatan pertama yang diiktiraf serta mendapat penganugerahan Malaysia Book Of Records (MBOR).
  • BERDEPAN naib juara Kelab Liga 1 Thailand, Muangthong United semestinya memberi cabaran sukar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apatah lagi bakal bersaing untuk kelayakan piala paling berprestij di rantau ini.
  • PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan menyifatkan siri perlawanan persahabatan pramusim JDT di Thailand bakal menentukan hala tuju skuad ‘Harimau Selatan’ dalam menghadapi saingan musim 2018 yang lebih mencabar.
  • PEMAIN pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammad Fadhli Shas yakin kehadiran beberapa pemain baharu dalam skuad Harimau Selatan mampu menyuntik semangat kepada mereka untuk memburu lebih banyak kejuaraan pada musim depan.
  • PENYERANG kelahiran Argentina, Jorge Pereyra Diaz memasang impian untuk muncul sebagai penjaring gol terbanyak bagi kali kedua dalam Liga Super Malaysia selepas kembali semula ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).