JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor susulan kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

JDT menundukkan PKNS FC, 2-1 dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Kemenangan tersebut sekaligus menamatkan kemarau 18 tahun penguasaan pasukan dari selatan tanah ini iaitu kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Ismail turut memaklumkan kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas kejuaraan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Hampir 200 penyokong Kelantan berkumpul di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sejurus tamat perlawanan Liga Super, pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.
  • JOHOR BAHRU - Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Tunku Ibrahim menafikan berita yang mengatakan ramai pemain skuad Kelantan akan berhijrah ke skuad Harimau Selatan pada musim hadapan.
  • JOHOR BAHRU - Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini bagi memberi laluan kepada perarakan meraikan kejayaan pasukan bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia, musim ini.
  • JOHOR BAHRU - Sambutan kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini akan melalui 14 laluan sebelum diraikan secara besar-besaran di Dataran Bandaraya, Johor Bahru.