JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri, dengan menewaskan PKNS FC 2-1 dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Larkin, malam ini.

Sebaik sahaja permainan bermula, kedua-kedua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati, namun kerap mengasak antara satu sama lain bagi mencari gol pembukaan perlawanan.

PKNS FC berjaya mendapatkan gol awal menerusi Bobby Gonzales pada minit ke-33, yang menerima hantaran Lucas Sebastian Espindola.

Bagaimanapun, pasukan bimbingan Benjamin Mora kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil jaringan sendiri pemain PKNS FC.

Pasukan tuan rumah kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-53 selepas pemain sayap JDT, Gonzalo Cabrera dijatuhkan oleh pemain lawan dalam kotak penalti.

Pemain tengah JDT, Safiq Rahim mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-55 apabila mudah menewaskan penjaga gol gantian PKNS FC, Muhammad Zamir Selamat.

Meskipun menggandakan asakan ke atas pasukan tuan rumah, PKNS FC gagal mendapatkan gol penyamaan untuk mengikat JDT.

Kemenangan JDT ke atas pasukan bimbingan E Elavarasan itu meranapkan hasrat PKNS FC untuk membawa pulang satu mata di Stadium Larkin.

Skuad Harimau Selatan kekal berada di kedudukan teratas Liga Super 2017 dengan 23 mata hasil tujuh kemenangan dan dua seri selepas menempuh 10 perlawanan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMAIN baharu Johor Darul Ta'zim (JDT) Adam Nor Azlin tekad mahu menggunakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 pada 9 hingga 27 Januari ini untuk menarik perhatian pengendali JDT, Ulisses Morais, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
  • JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018 kerana saingan musim depan mungkin aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
  • BEKAS tonggak tengah Pulau Pinang, Mohamed Syamer Kutty Abba menyatakan persaingan yang ada dalam skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akan memberikan impak positif dalam dirinya.
  • JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan siri Jelajah Kejuaraan JDT 2017 bermula 26 November sehingga 18 Disember depan.
  • JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) hampir melengkapkan barisan pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2018 selepas mendapatkan khidmat pemain berdarah kacukan Malaysia-Barbados, La'Vere Corbin-Ong.