JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat persiapan awal dalam usaha meraih lebih banyak kejayaan dalam Liga Malaysia musim depan, dengan mendapatkan khidmat dua pemain muda – Adam Nor Azlin dari Selangor dan Mohamed Syamer Kutty Abba dari Pulau Pinang.

Pengarah Sukan JDT,  Martin Prest berkata kelab berkenaan berasa bangga untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain berkenaan yang beraksi dalam skuad bawah 22 tahun negara.

Mengambil Mohamed Syamer sebagai contoh, Prest berkata pemain berkenaan boleh beraksi di dua atau tiga posisi yang sesuai dengan corak permainan pasukan JDT.

“Pemain berkenaan adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang kami, dan kami gembira dia beraksi bersama kelab kami," kata Prest seperti dipetik dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

“Kami juga gembira  Adam menjadi sebahagian daripada projek besar kami.

“Beliau memahami projek (bola sepak) kami, memiliki karakter untuk melakukan yang terbaik, meningkat menjadi pemain yang bagus dan mempunyai keazaman untuk merangkul kejuaraan,” kata Prest. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BEKAS penyerang Melaka United, Marko Simic dikhabarkan berada dalam pemerhatian Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk memperkuatkan The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
  • PEMAIN baharu Johor Darul Ta'zim (JDT) Adam Nor Azlin tekad mahu menggunakan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 pada 9 hingga 27 Januari ini untuk menarik perhatian pengendali JDT, Ulisses Morais, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.
  • JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berjuang bermati-matian pada Piala AFC 2018 kerana saingan musim depan mungkin aksi terakhir pasukan berkenaan dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
  • CASSIO Francisco De Jesus muncul selaku pemain import kedua terbaharu selepas Do Dong-Hyun dari Korea Selatan, memperkuatkan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) Musim depan.
  • PASUKAN Selangor masih berharap kerajaan negeri akan membenarkan pasukan itu menggunakan Stadium Shah Alam, sebagai gelanggang rasmi bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2018.