"KITA yakin menang namun bukanlah dengan jaringan yang besar seperti ini," kata pengendali T-Team, Rahmad Darmawan setelah pasukannya mengalahkan Kedah 5-0 malam tadi.

Katanya kemenangan tersebut amat mengejutkan memandangkan Kedah bukanlah calang-calang pasukan namun hasil cantuman corak permainan pemain yang baik, mereka berjaya mengatasi pasukan lawan sepanjang permainan.

"Kita memang telah persiapkan pasukan dengan kaedah dan corak permainan kerana bukan mudah untuk menundukkan pihak lawan.

"Permainan berkualiti  dan penyampaian yang yang baik itu memberikan kelebihan untuk kita terus menguasai permainan.. Saya berpuas hati dengan permainan yang dipamerkan, "katanya kepada pemberita selepas taamat permainan. .

Mohd Nor Hakim Hassan muncul wira T-Team dengan jaringan hatri  pada minit ke 37, ke-59 dan ke-64.

Sebelum itu Dilshod Sharofetdinov terlebih dahulu merobek gawang pelawat seawal minit kesembilan sebelum Mahamadou Samassa menambah jaringan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Pada minit ke-30,   pengadil Suresh Jayaraman melayangkan kad merah kepada pemain Kedah, Mohd Rizal Mohd Razali selepas mengasari pemain tuan rumah Mohd Fakhrurazi Musa.

Selepas insiden itu permainan tergendala seketika sebelum diteruskan pada minit ke-34 dan kelebihan itu digunakan sepenuhnya skuad The Titans ditambah dengan ketiadaan dua tonggak import dari pasukan lawan.

Meskipun meraih kemenangan tersebut Rahmad enggan mendabik dada dan mengigatkan anak didiknya supaya tidak leka yang kemenangan besar yang dikecapi malah perjuangan mereka masih belum selesai.

"Yang lepas biarkan kini tumpuan kami beralih kepada perlawanan selepas ini untuk terus memperolehi kemenangan. Pada awal perlawanan pemain agak panik dan beberapa hantaran kurang menjadi namun berjaya mengatasinya,"katanya.

Sementara itu Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe berkata jaringan gol awal dan layangan kad merah menjadi punca mental anak didiknya menjunam walaupun pada awalnya mereka turun ke padang dengan penuh keyakinan.

"Kesilapan-kesilapan daripada para pemain juga menghukum pasukan sendiri..gol awal itu sangat mangecewakan dan mematahkan semangat pemain sebelum disusuli dengan kad merah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEPUTUSAN untuk menurunkan dua tonggak utama iaitu Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari pada separuh masa kedua membuahkan hasil apabila Kedah berjaya mengatasi Pulau Pinang 2-0 pada aksi ke-17 Liga Super 2017 di Stadium Negeri Batu Kawan, kelmarin.
  • TEKANAN yang dirasai skuad Tok Gajah selepas menerima perkhabaran penggantungan ketua jurulatihnya Dollah Salleh nyata tidak menjejaskan prestasi pemain untuk menyingkirkan Melaka United 2-0 dalam pertembungan di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.