PENYOKONG  tegar Selangor, Al Fadli Awaludin meminta Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk tidak terburu-buru dalam mengembalikan venue rasmi Selangor ke Stadium Shah Alam.

Katanya, walaupun Selangor sudah cukup sinonim dengan Stadium Shah Alam namun baginya pelbagai faktor perlu diteliti terutamanya dari segi kos bagi mengelakkan masalah pada masa depan.

Ujarnya, lebih baik The Red Giants kekal beraksi di Stadium Selayang sehingga akhir musim ini.

"Benar, Stadium Shah Alam memang dikenali stadium rasmi Selangor,  tapi  bagi saya faktor stadium hanyalah faktor remeh-temeh.

"Saya sebagai penyokong berpendapat perlawanan di Stadium Selayang sudah cukup baik kerana kapasitinya yang lebih kecil dan menjadikan perlawanan di sini lebih meriah.

"FAS juga perlu melihat faktor kos yang lebih besar andai kata mahu berpindah ke Shah Alam.

"Kita semua tahu, Selangor berdepan masalah kewangan yang serius awal musim lalu, dan kami penyokong tidak mahu perkara ini akan menjadi beban di kemudian hari terutama melibatkan pembayaran gaji pemain," katanya.

Katanya, daripada memikirkan soal venue rasmi pasukan adalah lebih baik FAS memberi fokus utama kepada perlesenan kelab seperti dikehendaki Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Ujarnya, perkara itu perlu diberi keutamaan utama andai mahukan Selangor terus kekal beraksi di Liga Super.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BOLA sepak Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik parti politik seperti Umno, PKR, Pas atau DAP.
  • PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) melahirkan rasa terkejut dengan berita penahanan penyerang utama pasukan itu, Francis Forkey Doe yang berasal dari Liberia.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.