JUAN Mata mengakui CSKA Moscow bukan lawan yang boleh dipandang mudah Manchester United menjelang kunjungan ke Arena CSKA.

Menurutnya, lawannya itu kini berada di landasan terbaik selepas memenangi semua perlawanan di Kelayakan Liga Juara-Juara selain turut memenangi perlawanan pertama peringkat kumpulan ke atas Benfica sebelum ini.

"Harapan kami ke Moscow memang mahu memenangi satu lagi perlawanan bagi mengukuhkan mata sebagai pendahulu Kumpulan A.

"Tetapi kita perlu ingat bahawa CSKA antara kelab klasik Eropah. Mereka ada rentak kemenangan yang positif tahun ini.

"Jadi, ia memang akan menjadi lawan yang sukar untuk kami dan kami perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan kedua ini," katanya.

Untuk perlawanan ini, United berlepas ke Moscow tanpa kelibat Marouane Fellaini, Phil Jones, Antonio Valencia dan Michael Carrick.