ORANG ramai diminta untuk tidak menyentuh atau mengalihkan 'benda' yang telah diletakkan di tempat duduk anda sewaktu acara pembukaan  temasya Sukan Sea ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Peringatan tersebut dikeluarkan menerusi satu kenyataan di laman Instagram milik pihak stadium tersebut.

"Pihak stadium memohon kerjasama kepada semua rakyat Malaysia dan asing yang akan hadir pada hari pembukaan tersebut supaya tidak menyentuh atau mengalihkan benda-benda yang telah diletakkan di tempat duduk anda.

"Benda tersebut merupakan sebahagian daripada gimik dan prop penting untuk acara pembukaan tersebut.

"Contoh dalam gambar adalah LED yang diletakkan di keseluruhan tempat duduk, jangan sentuh atau alihkan kerana ia sangat sensitif, jika satu tidak menyala maka sukar untuk membentuk corak," tulisnya

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) menjanjikan upacara pembukaan KL2017 pada 19 Ogos ini sesuatu yang gilang-gemilang dan akan terpahat di hati seluruh rakyat Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Sementara itu, pihak stadium juga turut menerangkan perkara yang yang dilarang semasa acara tersebut berlangsung.

"Selain itu, flash dan laser juga tidak dibenarkan sama sekali semasa acara berlangsung. Minta kerjasama semua untuk menghebahkan pada rakan yang lain.

"Sama-sama kita bangkit bersama, jadikan KL2017 yang terhebat! Ayuh rakyat Malaysia, ubah mentaliti," tulisnya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERAMAI 47 atlet kelahiran negeri Kedah yang cemerlang di temasya Sukan Sea dan Sukan Para Asean lalu diraikan dalam majlis penyampaian ganjaran yang berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama malam ini.
  • ACARA olahraga temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang melabuhkan tirai semalam menjadi salah kejayaan manis kepada skuad negara apabila melepasi sasaran enam pingat emas pada edisi ke-29 kali ini.
  • MALAYSIA meraih pingat gangsa dalam acara ragbi tujuh sebelah (7s) wanita selepas menewaskan Filipina 7-5 sebentar tadi.
  • SKUAD lelaki negara terus mempamerkan rentak cemerlang apabila memenangi perlawanan ketiga berturut-turut dalam acara ragbi 7 sebelah.
  • MALAYSIA dikecewakan dalam perlawanan penentuan bagi pingat gangsa acara polo air wanita apabila mereka kalah kepada Indonesia 1-5, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.