GEORGETOWN - 'Ayah janji nak belikan aiskrim', demikian menurut anak mangsa runtuhan penyambung susur jalan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Nur Aina Shazwani Tajuddin, 11 ditemui ketika berada di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Ayah saya telefon dan kata hendak belikan aiskrim kalau dia balik, tapi dia tak balik-balik," katanya.

Selain Nur Aina Shazwani, mangsa, Tajuddin Zainal Abidin turut meninggalkan anak bongsunya, Nur Ain Maisara, 7 serta isteri Sharifah Ramli.

Sementara itu salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali dengan nama Boy mula berasa tidak sedap hati setelah nombor pendaftaran kenderaan mangsa didedahkan pihak polis.

Boy yang bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) turut terlibat dengan kerja pembersihan runtuhan.

Menurutnya, beliau mula berasa tidak sedap hati setelah hampir 24 jam kerja pembersihan dilakukan.

"Lebih meragukan apabila polis mula mendedahkan kereta yang terlibat adalah Kelisa dengan nombor pendaftaran PKR 347, sementara angka 0 tiada.

"Saya mula rasa lain macam kerana memang nombor kereta Abang Ti (gelaran mangsa dalam keluarga) sudah lama tidak ada angka 0," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KULAI - Masalah kerosakan longkang akibat tebing jalan runtuh di lorong belakang kediaman di Jalan Pancasila 6, Taman Pancasila, di sini, sejak setahun lalu mengundang kebimbangan penduduk.
  • SEREMBAN - Pihak Berkuasa Tempatan diminta agar memperbaiki tebing halaman tepi rumah yang runtuh bagi mengelak kejadian buruk daripada berlaku.
  • RAWANG - Jambatan Sungai Bakau yang menjadi laluan alternatif penduduk ditutup selama dua bulan bermula kelmarin bagi projek naik taraf sungai.
  • SHAH ALAM - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia, memperkenalkan skim potongan gaji ibadah korban bagi menggalakkan kakitangannya melaksanakan ibadah berkenaan setiap tahun.
  • KUALA ROMPIN - Tidak sampai hati membiarkan beberapa keluarga masyarakat Orang Asli bukan Islam hanya sekadar melihat daging korban diagihkan kepada saudara baharu di Kampung Sungai Mok, di sini, Amanah Kawasan Rompin memberikan sebahagian daging kepada mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.