KERAJAAN akan memberi insentif tambahan wang tunai  RM100,000 kepada peserta yang memenangi pingat emas pada Pertandingan Kemahiran Dunia 2017 Oktober ini menjadikan jumlah insentif itu kepada RM140,000.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara ini, berkata ia adalah sebagai motivasi kepada peserta untuk meraih prestasi cemerlang pada pertandingan dua tahun sekali yang juga dikenali sebagai Olimpik Kemahiran itu.

"Ini janji saya. Mana-mana peserta yang dapat pingat emas kerajaan akan tambah dengan anugerah RM100,000.

"Kalau dapat lima (emas) pun, lagi baik, kerajaan sanggup biayai anugerah ini," katanya ketika melancarkan 'Road to Abu Dhabi 2017 Gold' di sini, hari ini.

Insentif sedia ada kerajaan kepada pemenang pingat emas di WSC ialah RM40,000. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pasukan hoki kebangsaan menjuarai kejohanan Piala Asia yang sedang berlangsung di sini, sekali gus menaikkan semula nama negara dalam sukan itu.
  • DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap industri pemasangan basikal lumba di negara ini terus diberikan galakan dalam bentuk insentif cukai bagi merakyatkan kegiatan sukan berbasikal.
  • KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik diri daripada menjadi tuan rumah Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2017 dibuat selepas menerima nasihat dan saranan daripada kerajaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.