EKOR Harimau Malaya, Ultras Malaya (UM'07) hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa pemain ke-12 negara itu akan ke Ipoh menyokong skuad Perak menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Ahad ini.

Menurut laman Facebook UM 07, penyokong tegar skuad bola sepak negara itu tidak merancang turun ke Ipoh, Ahad ini

"Ini bukan statement UM'07 (merujuk kepada posting satu laman Facebook tertera tajuk ULTRAS MALAYA BERKAMPUNG DI IPOH)," katanya.

Facebook berkenaan mendakwa UM'07 akan ke Ipoh bagi menyokong The Bos Gaurus kendalian Mehmet Durakovic sebagai tanda protes aman terhadap kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pergerakan itu semasa satu program bual bicara baru-baru ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :