HASRAT pemain badminton remaja negara Leong Jun Hao untuk menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Yogyakarta, Indonesia tidak kesampaian apabila tewas pada aksi final hari ini.

Jun Hao, 18, selaku pilihan keempat tunduk kepada pilihan pertama kejohanan dari Thailand, Kunvalut Vitidsarn 21-17, 15-21, 9-21 pada perlawanan yang diheret sehingga ke set penentuan, menurut laman web  Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) www.bwfbadminton.com.

Kekalahan tersebut menyaksikan penantian selama enam tahun Malaysia untuk menjuarai kategori perseorangan lelaki berterusan yang kali terakhir dimenangi oleh Zulfadli Zulkiffli pada 2011 di Taiwan. - Bernama