CHELSEA memasang impian untuk memenangi semua liga pada musim depan.

Chelsea sudah mengesahkan kejuaran Liga Perdana Inggeris minggu lalu selepas mengumpul 90 mata dalam 37 perlawanan yang kini masih berbaki satu perlawanan.

N'Golo Kante berkata, dia mahukan pasukannya, Chelsea untuk merangkul semua kejuaraan liga musim depan.

"Musim depan akan jadi cabaran baharu buat kami.

"Kami akan cuba untuk pertahankan gelaran juara Liga Perdana Inggeris," katanya.

Musim depan, Chelsea akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kante yang direkrut Chelsea musim ini tampil sebagai pemain utama dalam pasukan turut optimis dengan pasukannya menjelang musim depan.

"Untuk kelab seperti Chelsea, kami ingin memenangi segalanya, kami akan mencuba dan memenangi segalanya. Ini adalah cabaran baru untuk semuanya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.