“SAYA mahu bantu PKNP FC,” Itu kata, pemain import PKNP FC dari Korea Selatan, Kim Hyeon Woo, mengenai misinya setelah terpilih sebagai pemain import keempat PKNP FC, baru-baru ini, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Menurutnya pemain berusia 28 tahun itu, dirinya juga bertekad mencipta nama sebagai antara penyerang prolifik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

“Ini kali pertama saya beraksi  di liga negara ini. Sebelum ini saya beraksi dengan Shan United di Liga Myanmar.

“Beraksi dengan PKNP FC rasanya tidak banyak perbezaannya, cuma saya kini sudah tidak sabar  beraksi bersama rakan lain,” katanya.

Difahamkan, Hyeon Woo kini berada di Korea Selatan bagi mengikuti siri perlawanan persahabatan yang diatur PKNP FC di sana.

Sementara itu Ketua Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim menyifatkan pemain berkenaan mampu menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan.

Malah, Abu Bakar turut menyifatkan Hyeon Woo sebagai pemain yang rajin dan memiliki mentaliti selaku pemain penyerang.

“Saya rasa tidak ada masalah untuknya serasi dengan pasukan. Dia cepat mesra dan tidak lokek ilmu dengan rakan-rakan sepasukan”, kata Abu Bakar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.