PERENANG berirama negara, Gan Hua Wei mencipta kejutan apabila meraih emas dalam acara rutin teknikal solo di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Hua Wei, 18, mengutip 73.8386 mata, 0.1333 mata di hadapan pemenang pingat emas acara rutin bebas solo, Debbie Soh Li Fei dari Singapura.

Gangsa dimenangi seorang lagi perenang Singapura, Miya Yong Hsing yang mengumpul 72.3769 mata.  

Dalam pada itu, kakaknya, Gan Zhen Yu pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan 70.0292 mata.

Ini merupakan penampilan kedua Hua Wei di temasya dwitahunan, yang mana penampilan di Singapura, beliau meraih pingat dua perak menerusi acara berpasukan iaitu teknikal berpasukan dan berpasukan bebas. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MINAT yang mendalam selain pendedahan awal terhadap sukan renang sejak berumur tujuh tahun membuahkan hasil buat atlet renang berirama negara Gan Hua Wei, 18, apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara Rutin Teknikal Solo pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.