MALAYSIA mencapai kemenangan kedua dalam tiga perlawanan pada pusingan kedua Hoki Liga Dunia Wanita apabila menumpaskan Kazakhstan 3-1 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, malam tadi.

Selepas tumpas 3-0 kepada India kelmarim, skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim bangkit semula dengan jaringan Siti Noor Amarina seawal minit keempat.

Norhasikin Halim menambah gol kedua Malaysia pada minit ke-27 sebelum Nor Azlin Sumantri menghasilkan gol ketiga lima minit kemudian untuk kedudukan selesa pada babak pertama.

Kazakhstan, yang gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang pertandingan itu, bagaimanapun memecah kebuntuan dengan gol tunggal Vera Domashinova pada minit ke-68.

Malaysia, yang mengatasi Rusia 3-1 pada perlawanan pembukaan, akan menentang Fiji hari ini.

Dalam pada itu, India memintas Jepun di persada liga selepas membelasah Fiji 10-0 manakala Jepun hanya mampu seri 1-1 dengan Rusia.

Dua pasukan teratas pada psuingan ini akan layak ke peringkat separuh akhir yang dijadual Jun ini.

Bagaimanapun, venue pertandingan perlawanan separuh akhir belum ditentukan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) berjaya mencipta kebangkitan selepas ketinggalan 0-1 ke atas UiTM untuk meraih kemenangan bergaya 4-1 dalam aksi pusingan kedua Liga Hoki Malaysia (LHM)- Wanita 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), sebentar tadi.
  • PASUKAN Hoki Terengganu (THT) berjaya mengekalkan kedudukan dipersada liga setelah mencipta kebangkitan dengan kemenangan 2-1 ke atas Maybank dalam aksi pusingan kedua saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018 yang berlangsung di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), sebentar tadi.
  • PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) terus mengekalkan rentak cemerlang mereka dengan meraih kemenangan bergaya 8-0 ketika turun melayan kunjungan Penang Juniors dalam aksi Liga Hoki Wanita Malaysia di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) petang tadi.
  • HASRAT Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk memperkukuhkan takhta liga tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati dengan meraih satu mata.
  • PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (LTHT) berjaya merampas takhta liga dengan mengutip tujuh mata setelah meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas kem Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah dalam aksi ketiga saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) -Wanita di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, kelmarin.