THIERRY Henry bimbang sekiranya Arsenal gagal menamatkan Liga Perdana Inggeris dengan empat pasukan teratas.

Arsenal kini menduduki tangga kelima dengan 50 mata selepas 26 perlawanan.

Dalam dua pertandingan terakhir, Arsenal ditumpaskan Liverpool di Liga Perdana Inggeris dan Bayern Munich di Liga Juara-Juara.

Kekalahan itu menjadikan spekulasi masa depan pengurusnya, Arsene Wenger terus menjadi persoalan.

Menurut bekas penyerang Arsenal itu, dia amat khuatir sekiranya Arsenal gagal menamatkan di kelompok empat pasukan teratas, sekaligus gagal meraih trofi.

“Semua perbicangan adalah mengenai masa depan Arsene. Tapi, fokusnya seharusnya menyelamatkan musim ini dengan empat teratas.

“Ini tak mudah. Saya tak pernah cemas bahawa kami terlempar dari empat pasukan teratas seperti yang saya alami sekarang," katanya.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUSAN Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) ditempelak selepas Harimau Kumbang tersingkir ke Liga Perdana musim depan walaupun menerima peruntukan RM34.5 juta daripada kerajaan negeri untuk kempen Liga Super musim ini.
  • PASUKAN Kuala Lumpur menjulang kejuaraan Liga Perdana 2017 walaupun tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi terakhir liga di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, malam tadi.
  • KUALA Lumpur perlu menang ke atas Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dalam perlawanan terakhir Liga Perdana malam ini untuk dinobatkan sebagai juara musim ini.
  • KETUA Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan menyifatkan kejatuhan ke Liga Perdana musim depan bukan satu penamat buat skuad Harimau Kumbang.
  • PENGURUSAN pasukan Negeri Sembilan perlu meletak jawatan selepas gagal membawa pasukan Liga Perdana itu ke kancah Liga Super musim depan, demikian pendapat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.